Nama saya Nasyrah Aneesah dan bakal ustazah untuk anal-anak murid akan datang. Saya merupakan seorang graduan pendidikan dalam subjek pendidikan Islam di UIAM Gombak dan saya pernah praktikal dan mendidik pelajar sekolah menengah. Subjek pendidikan Islam merupakan subjek major saya, manakala bahasa Arab merupakan subjek minor. Ini adalah kali pertama saya menjadi tutor dan tujuan saya adalah untuk meningkatkan pengalaman saya dalam mendidik pelajar yang cemerlang sebelum menjadi guru yang sebenar. Saya juga mengajar dengan cara pembelajaran abad ke-21 (pak-21) yang berpusatkan kepada murid dan ingin menggalakkan murid lebih aktif dalam pembelajaran serta menigkatkan keyakinan mereka.
Teaching Method(s)
Sepanjang saya belajar di kuliah pendidikan saya belajar bagaimana cara pembelajaran abad-21 yang berpusatkan kepada murid seperti pembentangan dan permainan. Contohnya saya pernah menyertai projek inovatif peringkat antarabangsa dengan membina nota pendek dan permainan dengan menggunakan aplikasi Prezi. Ingin anak kreatif dalam dan aktif dalam aktiviti pembelajaran anak anda. Saya juga mengaplikasikan teknik mengajar berdasarkan teacher centre dan pembentangan dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan slide pembentangan dan video merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pendekatan pembelajaran seperti ini dapat memudahkan pelajar memahami subjek tersebut.