Saya Muhamad Aizat. Orang panggil saya Aizat. Saya suka mengajar orang dalam banyak bidang lebih lebih lagi jika berkaitan dengan 'coding'. Saya suka bercerita tentang sesuatu kepada orang. Ramai kawan-kawan saya suka jika saya mengajar mereka semula selepas waktu kelas dengan cara saya, mungkin mereka akan lebih memahami jika saya yang menerangkan sesuatu. Saya selalu teruja jika sedang menerangkan sesuatu kepada orang lain, dan juga teruja jika seseorang menerangkan sesuatu kepada saya. Mungkin saya mewarisi darah keluarga saya sebagai seorang pendidik kerana nenek, ibu dan ayah saya seorang tenaga pengajar.
Teaching Method(s)
Saya gemar untuk menggunakan metafora untuk memberi contoh kepada soalan yang diajukan supaya kefahaman skop akan lebih kecil dan mudah difahami. Saya juga suka jika sesebuah latihan itu dibuat lebih dari 2 kali, supaya kita akan lebih faham. Memang saya gunakan teknik ini sejak sekolah lagi.