Saya merupakan seorang tutor baharu di sini. Minat saya terhadap bidang pendidikan ini menjadi penguat terhadap diri saya untuk memastikan saya memberi yang terbaik kepada pelajar. Meskipun saya masih amatur,saya akan menjadikan pengalaman mengajar secara sambilan sebagai satu pemangkin untuk saya memperbaiki cara mengajar dan memberi pemahaman yang baik kepada pelajar.
Teaching Method(s)
Teknik pen ataupun kertas berwarna-warni menjadi pilihan kerana pelajar lebih mudah untuk memahami dan membezakan sesuatu. Selain itu,saya juga gemar untuk mengajar dalam kumpulan yang kecil supaya saya boleh memberikan tumpuan terhadap setiap pelajar. Berhibur sambil belajar juga menjadi pilihan agar pelajar dapat merehatkan minda sebentar semasa sesi pembelajaran.