Profile Picture

Mohamad Bin *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Matematik Pengkomputeran)

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Sungai Besar, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang guru di MRSM Sungai Besar bermula tahun 2017 sebagai guru Matematik dan juga Matematik Tambahan. Berpengalaman dalam pengajaran yang efektif untuk membentuk pelajar yang berpengetahuan tinggi dalam pelajaran mereka.
Teaching Method(s)
1. Direct Learning
2. Pembelajaran Koperatif
1. DIRECT LEARNING
2. PEMBELAJARAN KOPERATIF
3. PEMBELAJARAN AKTIF

• Menurut Ewell -1997 ‘Direct learning’ merujuk kepada pembinaan peluang bagi penglibatan aktif dalam persekitaran pembelajaran yang boleh membentuk pemahaman individu. Apabila murid mempunyai sedikit pengetahuan tentang sesuatu topik, direct learning amat diperlukan bagi mendapatkan pemahaman, mencipta, mengubah atau mencorak semula pemahaman.

• Teori pengajaran Zig Engelmann.
Direct Instruction adalah strategi mengajar yang paling popular untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah pengajaran guru diikuti struktur dan langkah spesifik yang digunakan menggalakkan pembelajaran. Terdapat beberapa prinsip directb instruction. Antaranya ialah:

1. Pengenalan/Semakan
Topik atau maklumat yang akan dipelajari disampaikan kepada muid pada peringkat permulaan

2. Perkembangan
Guru memberi penjelasan, memberi contoh dan model yang tepat apa yang akan dipelajari sambil memantau pemahaman murid melalui teknik penyoalan.

3. Latihan berpandu
Peluang diberi kepada murid untuk membuat latihan apa yang sepatutnya dipelajari sementara guru memantau aktiviti atau tugasan yang diberikan.

4. Penutup
Guru menutup pengajaran dengan isi kandungan pelajaran yang telah dipelajari.

5. Latihan bebas
Tugasan diberi untuk mengukuh pembelajaran tanpa bantuan guru.

6. Penilaian
Maklum balas daripada hasil kerja murid.
Subject
Subject School Level
Mathematics DLP Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Additional Mathematics DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5