Saya Cikgu Adam. Saya merupakan seorang tutor yang penuh dedikasi dan bersemangat tinggi untuk membantu pelajar mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran Biologi dan Sains. Saya berpengalaman mengajar di sekolah menengah. Saya bukan sekadar menyampaikan fakta-fakta, tetapi saya juga menerapkan pengaplikasian pengetahuan dalam kehidupan seharian. Jadi, jangan ragu-ragu untuk menjadikan saya sebagai tutor anda. Saya berharap dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan kejayaan bersama anda dalam perjalanan pembelajaran yang menyeronokkan. Sertai saya, dan mari bersama-sama menjelajah dunia ilmu pengetahuan Biologi dan Sains.
Teaching Method(s)
Saya menyesuaikan sesi pembelajaran dengan tahap pembelajaran pelajar. Saya gemar berkongsikan peta minda dan akronim bagi memudahkan pelajar memahami dan mengingati apa yang dipelajari. Saya bukan sahaja mengajar fakta-fakta tetapi turut menerapkan teknik menjawab soalan semasa sesi pembelajaran.