Profile Picture

Muhammad Shafiq *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bsc (Hons) Nursing Practice Development

Mahsa University (Graduated)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Shafiq Rodhi. Berpengalaman selama 11 tahun dalam bidang perubatan dan kesihatan. Latarbelakang pendidikan saya bermula dari aliran sains tulen di SMA Maran, Pahang. Kemudian melanjutkan pelajaran di dalam bidang separa perubatan di Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, dan seterusnya melanjutkan pendidikan diperingkat ijazah dalam bidang pengurusan kesihatan - Nursing Practice Development di Universiti Mahsa dengan kolaborasi bersama Universiti Northumbria, Newcastle. Sekarang berkhidmat sebagai pensyarah di kolej swasta dalam program perubatan dan sains kesihatan. Sebelum masuk ke dalam bidang pendidikan, saya bertugas sebagai seorang Ketua Penyelia Daerah (Klinikal) yang mana saya banyak terlibat dengan latihan serta bimbingan pekerja-pekerja serta sukarelawan awam bagi menjayakan setiap portfolio yang saya kendalikan.
Teaching Method(s)
Pengajaran saya lebih kepada 2 hala. Setiap soalan saya akan raikan tanpa prejudis. Saya lebih memfokuskan fundamental yang perlu difahami oleh anak didik saya supaya mereka tidak menjadi seorang yang menghafal. Saya juga gemar memberikan senario yang akan membuatkan anak didik saya melatih daya upaya fikir dan penyelesaian masalah, yang mana sangat bagus untuk perkembangan minda dan seterusnya membentuk jatidiri mereka.
Subject
Subject School Level
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 5
Sains Tingkatan 5