Salam semua, saya cikgu Razin. Masih lagi seorang guru pelatih yang sedang menuntut di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Pulau Pinang. Sedang berada pada tahun akhir dan bakal menamatkan pengajian. Bidang pengkhususan saya ialah Bahasa Melayu (major) dan Sejarah (minor). Karakter saya ialah seorang yang peramah, optimistik dan mudah dibawa berbincang. Pengalaman saya mengajar ketika tempoh praktikum sebelum ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. Saya akan mencuba sedaya upaya untuk membantu anak anda menguasai subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.
Teaching Method(s)
Gaya pengajaran saya berasaskan pembelajaran inkuiri dan kontekstual yang mampu mengekalkan semangat dan motivasi murid. Turut juga disertakan teknik didik hibur dan pendekatan deduktif.