Profile Picture

Nurwahida Hanim *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Science Education (Hons.) Mathematics

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Ongoing Study)

Padang Serai, Kedah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya ialah Cikgu Wahida, seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mengajar subjek Matematik selama setahun di sebuah pusat tuisyen sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Matematik. Saya telah mengajar pelajar dari Tahun 3 hingga Tingkatan 5, dengan pengkhususan dalam Matematik dan Matematik Tambahan. Kini, saya sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru Matematik untuk pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah, serta bekerja separuh masa sebagai tutor untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Saya juga merupakan graduan Diploma Sains Matematik dengan Anugerah Naib Canselor UiTM. Sebagai seorang pendidik, saya gemar menggunakan kertas-kertas peperiksaan sebenar dari tahun-tahun lalu sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini membantu murid membiasakan diri dengan format peperiksaan, sekaligus meningkatkan keyakinan dan persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

Dengan penggunaan teknologi yang interaktif dalam kelas, saya memastikan pengajaran Matematik lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar. Jika anda ingin melihat anak anda mencapai kecemerlangan dalam Matematik, jangan ragu untuk menghubungi saya.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan interaktif dalam pengajaran Matematik untuk memastikan pelajar lebih tertarik dan terlibat dalam pembelajaran. Antara teknik menarik yang saya terapkan termasuk penggunaan aplikasi pendidikan dan permainan interaktif yang membantu pelajar memahami konsep dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Selain itu, saya suka menggunakan kertas peperiksaan sebenar sebagai latihan agar pelajar terbiasa dengan format peperiksaan.

Pendekatan saya untuk memastikan pelajar memahami ilmu yang diajar adalah melalui penerangan secara langkah demi langkah. Saya juga menggalakkan pelajar bertanya dan berkongsi pendapat mereka untuk memastikan mereka benar-benar memahami.

Untuk memastikan pelajar dapat skor dengan baik, saya menekankan teknik menjawab soalan dengan betul, seperti cara menganalisis soalan dan membahagikan masa dengan bijak semasa peperiksaan. Saya juga menggalakkan latihan berterusan untuk memperkukuhkan pemahaman dan keyakinan pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5