Saya seorang yang sangat teliti dan berdisiplin dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Saya seorang yang gigih dalam menyelesaikan masalah terutama dalam tugasan pelajaran. Dari sekolah rendah sehingga sekarang, mata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran yang saya sangat gemari. Oleh itu, saya sangat menguasai mata pelajaran tersebut. Menurut saya kemahiran pengiraan perlu dikuasai agar ketepatan sesuatu objektif dapat dicapai.
Teaching Method(s)
Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang tutor, saya yakin saya boleh menjalankan tugas sebagai seorang tutor dengan baik dan tegas. Bagi saya pendidikan pada masa kini semakin berkembang perlu disesuaikan dengan sistem pembelajaran yang komprehensif dan inovatif keadaan semasa. Oleh itu, saya akan memastikan pelajar-pelajar saya menguasai setiap mata pelajaran yang diajar dan saya juga melatih mereka mahir dalam menyelesaikan soalan-soalan kritikal dengan sistematik.