Saya Cikgu Amir. Saya merupakan seorang tutor yang komited dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar saya menjadi tanggungjawab saya. Berpengalaman lebih setahun dalam bidang pendidikan dengan mengajar subjek Sains Tulen dalam SPM seperti Kimia, Biologi dan Sains. Saya merupakan seorang yang mudah mesra dengan pelajar-pelajar saya. Dan saya juga berpengalaman dalam menyediakan modul pengajaran dan soalan latihan tutorial untuk kegunaan para pelajar. Jika anda berminat untuk saya bantu, jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Dengan pengalaman lebih setahun dalam bidang pendidikan, saya menerapkan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kefahaman pelajar-pelajar saya. Kaedah pengajaran bagi subjek Kimia saya memfokuskan kepada topik-topik famous yang selalu keluar dalam SPM. Bagi subjek Sains dan Biologi pula, kaedah "storytelling" dalam penceritaan konsep telah saya terapkan untuk menjadikan kelas lebih menarik. Setiap bab yang saya ajar akan diakhiri dengan sesi latihan menjawab soalan percubaan SPM yang sebenar bagi menguji tahap kefahaman pelajar-pelajar. Dan sesi ini saya akan berdiskusi dan membimbing secara dekat untuk memudahkan pelajar-pelajar mudah memahami konten pembelajaran tersebut. Pelbagai maklumbalas positif yang saya terima daripada pelajar-pelajar saya tentang kaedah pengajaran saya.