Profile Picture

Ainul Aqilah *******

(Physical & Online)

Diploma Pascasiswazah - Bahasa Arab

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Seremban, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Ainul. Saya merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari Universiti Yarmouk, Jordan. Selepas tamat Ijazah Sarjana Muda, saya menyambung pengajian ke peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan di IPG Kampus Pendidikan Islam untuk melayakkan saya menjadi seorang pendidik. Saya mempunyai pengalaman sebagai tutor bagi pelajar SPM untuk subjek Bahasa Arab. Saya mampu meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar saya untuk mempelajari bahasa ini. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Saya memastikan pengajaran saya lengkap dengan penerangan yang jelas serta latihan yang membina seiring dengan pengajaran. Saya juga banyak menggunakan teknologi dalam pengajaran sesuai dengan trend dan keperluan semasa. Kefahaman murid yang konsisten merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Arab Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 5, Darjah 6