Saya merupakan seorang tutor yang sangat bersemangat dalam mengajar dan mendidik pelajar-pelajar untuk memberikan mereka pembelajaran yang berkualiti. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang unik dan saya berusaha mengenal pasti kekuatan mereka serta membantu mereka mengatasi cabaran dalam pembelajaran. Saya komited untuk memberikan bimbingan dan sokongan yang penuh kepada setiap pelajar agar mereka mencapai kejayaan akademik dan berkembang secara holistik.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan ialah belajar dengan seronok. Saya juga menggunakan teknik pengajaran Penyesuaian Pengajaran dengan menggunakan gaya dan strategi pembelajaran yang berbeza kerana saya percaya setiap pelajar mengadaptasi pembelajaran dengan cara yang berbeza-beza.