Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi dalam menjalankan tugas. Saya mempunyai pengalaman dalam mengendalikan dan mengajar murid. Saya juga mahir dalam menggunakan teknologi yang canggih dalam pembelajaran. Subjek Geografi merupakan subjek major saya manakala bahasa Melayu merupakan subjek minor. Saya berkemahiran dalam penyusunan pembelajaran dan aktiviti yang menarik untuk murid supaya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang. Jom jadikan saya sebagai tutor anak anda.
Teaching Method(s)
Saya mengunakan pelbagai jenis kaedah bagi memastikan pelajar tidak mudah bosan dengan pembelajaran saya. Sebagai contohnya saya menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan permainan atas talian bagi meningkatkan semangat pelajar untuk belajar. Saya juga gemar menggunakan kaedah pembelajaran visual supaya pelajar dapat memahami sesuatu topik dengan lebih mudah dan cepat faham melakui gambar, video dan sebagainya. Saya juga berkemahiran dalam pembelajaran berasaskan teknologi seperti aplikasi permainan bagi meningkatkan keterlibatan pelajar dalam proses Pdpc. Saya juga menggunakan teknik didik hibur bagi mengelakkan pelajar berasa bosan semasa di dalam kelas.