Saya seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah yang telah berkhidmat sebagai kerani admin dan juga sebagai eksekutif pemasaran. Di samping itu juga, saya berkhidmat sebagai guru ganti separuh masa di Qiraati Nur Iman. Sekarang saya telah menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan secara sambilan. Saya mahir dalam berbahasa Melayu dan sedikit pengetahuan dalam Bahasa Arab.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya adalah bergantung kepada kesesuaian murid dan saya akan mengajar melalui aplikasi Zoom atau Google Meet serta akan menggunakan kemudahan Google Drive, Google Docs, dan sebagainya bagi tujuan untuk memberi latihan kepada murid-murid saya. Selain itu juga, saya mampu menggunakan pelbagai teknik yang mudah untuk membantu murid-murid saya dalam memahami sesuatu konsep yang akan mereka pelajari.