Profile Picture

Arifur-rahman Bin *******

(Online)

Sarjana Muda - Komunikasi Media Baharu

Universiti Malaysia Perlis (Kangar) (Ongoing Study)

Rembau, Negeri Sembilan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hye everyone, saya Tutor Arif. Seorang yang berdedikasi dan sentiasa bersemangat dalam ingin membuat sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada adik-adik saya yang bakal menjadi seorang dewasa pada masa akan datang. Saya seorang yang suka mencari jalan dalam kaedah penyampaian yang berkesan. Saya seorang yang ramah dan suka bergaul dengan siapa sahaja yang saya berjumpa, namun di dalam kerja saya seorang yang berdisipilin dan tegas namun bukan pemarah. Saya akan memastikan setiap pelajar saya dapat manfaat dan capai tujuan utama mereka hadir ke kelas saya dengan apa jua cara sekalipun. Saya akan lakukan apa sahaja cara untuk memastikan keselesaan, dan pemahaman pelajar-pelajar saya. Tujuan utama saya adalah bagi memberikan rasa minat akan pembelajaran dan juga ilmu tambahan akan subjek yang saya mengajar. Pembelajaran tanpa keinginan adalah satu perkara yang sia-sia, oleh itu saya juga seorang yang sentiasa mencari jalan baru bagaimana untuk meningkatkan motivasi seseorang dalam mengikhlaskan ilmu itu sendiri.
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran bersama saya adalah mengikut bagaimana keperluan seseorang pelajar itu. Saya faham tak semua pelajar mudah hadam hanya dengan membaca, tak semua juga mudah hadam hanya dengan mendengar. Oleh itu, teknik pembelajaran saya akan merangkumi kepada beberapa aspek iaitu, pembacaan, penceritaan, permainan, pendengaran dan visualisasi.. Namun tidak semua kaedah ini akan dijalankan ia bergantung kepada keperluan pelajar itu yang akan dinilai oleh saya sendiri pada awal sesi pembelajaran. Selain daripada itu, membangunkan minat dan semangat dalam pembelajaran adalah perkara utama yang saya ingin terapkan kepada para pelajar. Kesedaran akan kepentingan pembelajaran akan memberikan mereka keinginan untuk terus berusaha lebih untuk mencapai tahap jati diri yang baik. Oleh itu, kelas bersama saya adalah kelas teori + motivasi
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 3
Communication & Writing Tingkatan 3
Adobe Illustrator Dewasa
Matematik Darjah 6, Darjah 3
Sains Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 3