Profile Picture

Damia Athirah *******

(Physical & Online)

Asasi/a-level - Foundation In Engineering

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gambang) (Ongoing Study)

Sungai Buloh, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi saya Cikgu Damia! Saya sedang menuntut di UIA Gombak dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Selain daripada pengajian, saya juga telah mencurahkan masa saya sebagai tutor, setakat bulan Februari 2024, saya mempunyai pengalaman selama 1 tahun menjadi tutor di Kumon di mana saya membantu pelajar lain memahami subjek yang sukar. Pengalaman saya sebagai tutor telah membantu saya memperkukuhkan pemahaman saya dalam bidang yang saya pelajari. Selain itu, saya juga telah menjadi guru sementara di mana saya berpeluang untuk melatih kemahiran komunikasi dan kebolehan saya dalam mengajar. Saya juga sudah mempunyai pengalaman mengendalikan pelajar yang kurang mahir dalam subjek yang dipelajari dan berjaya membuatkan pelajar tersebut meminati subjek yang dipelajari itu.

Saya sangat selesa dalam berurusan dengan kanak-kanak dan telah banyak berinteraksi dengan mereka. Pengalaman ini membantu saya menjadi lebih sabar, kreatif, dan berpengetahuan dalam cara yang berkesan untuk berkomunikasi dan mendidik kanak-kanak.

Teaching Method(s)
Sebagai seorang tutor muda, saya memahami kepentingan untuk membina minat pelajar dalam subjek yang dipelajari. Saya percaya bahawa pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan adalah kunci untuk mencapai matlamat ini. Saya sering menggunakan kaedah yang melibatkan interaksi, permainan, dan aplikasi praktikal untuk menjadikan pembelajaran tersebut lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar.

Selain itu, saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam silibus pembelajaran. Memandangkan saya baru sahaja menamatkan sekolah menengah tidak sampai 5 tahun, saya masih segar dengan kurikulum dan keperluan pembelajaran semasa. Ini membolehkan saya memberikan bahan pengajaran yang relevan dan berkualiti kepada pelajar.

Saya juga membawa serta tips peribadi dan trik yang saya pelajari dari pengalaman saya sendiri semasa belajar dahulu. Tips ini tidak hanya membantu saya memahami subjek dengan lebih baik, tetapi juga membuka minda saya terhadap pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah matematik. Saya berharap bahawa dengan berkongsi tips dan trik ini kepada pelajar, mereka juga akan mendapati pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.
Rating & Review

Fadhlina Bahari : Bahasa Inggeris

good

Fadhlina Bahari : Bahasa Inggeris

good

Fadhlina Bahari : Bahasa Inggeris

good

Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3