Assalamualaikum, nama saya Siti Nur Fatehah Binti Othman. Saya berumur 22 tahun. Menetap di Pahang. Saya merupakan pelajar tahun akhir Universiti Sultan Zainal Abidin. Saya mengambil bidang dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah. Saya mempunyai asas tentang bagaimana untuk mengajar kanak-kanak di sekolah dan juga berpengalaman mengajar sekolah tadika di Taman Subang Perdana sewaktu cuti semester.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan kaedah pengulangan berulang iaitu dengan memberikan teks pendek kepada anak murid dan membacanya bersama dengan bimbingan saya. Lalu, menyuruh mereka untuk membacanya sendiri dengan lsncar dah tepat. Ini adalah kerana ia dapat mengukuhkan kaedah membaca dan mengeja dalam kalangan murid-murid pra-sekolah.
Seterusnya, saya juga akan menggunakan kaedah visual iaitu menggunakan gambar atau flash card dengan pembelajaran yang sedang mereka pelajari dan mengenal pasti gambar tersebut. Kaedah ini juga dapat menarik minat anak murid kerana ia merupakan suatu ilustrasi yang memberikan pengertian dan penjelasan yang amat banyak dan jelas.
Tambahan pula untuk teknik pengajian iqra' , saya akan memastikan anak murid lancar dan fasih dalam bacaannya mengikut tajwid. jika mereka tidak mencapai tahap minimum kefasihan dalam membaca, maka tidak boleh menyambung ke muka surat seterusnya sehinggalah mereka sudah fasih. Saya juga akan menyemak bacaan setiap pelajar.