Nama saya Mohamad Azrul Hafiz Bin Abdul Rahim. Merupakan mahasiswa UITM Pahang, Diploma Pengurusan Teknologi dan Pejabat. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, Saya ingin menjadi guru yang terbaik buat anak anak dan sasaran saya kepada anak murid supaya mereka lulus dengan cemerlang di sekolah mereka. Saya yakin saya dapat menjadi guru yang dapat memahami kehendak dan pemahaman anak murid saya. Saya memahami peredaran masa telah menuju ke arah pemodenan dalam sistem pendidikan yang semakin maju. Oleh itu, saya akan menggunakan bahan bahan bacaan yang berkualiti dan terbaik untuk menarik fokus dan minat sepenuhnya anak-anak murid saya.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pengajaran secara Natural iaitu penguasaan secara semula jadi bermula dari peringkat sekolah rendah supaya mereka lebih mudah untuk memahami subjek Bahasa Melayu. Latih tubi dan peta minda juga akan saya disediakan untuk anak murid saya supaya mereka lebih memahami seluruh topik mengikut silibus terkini sekolah kebangsaan.