Profile Picture

Khamilia Sari *******

Sarjana Muda - Sains Pentadbiran

Universiti Teknologi MARA (Kota Kinabalu) (Ongoing Study)

Kota kinabalu, Sabah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Lia. Saya merupakan seorang guru bersahsiah dan berintegriti di sekolah agama negeri Kota Kinabalu. Saya berpengalaman mengajar kanak-kanak bermula dari prasekolah sehingga darjah 6. Saya mempunyai kelebihan dalam bidang pendidikan dimana saya mempunyai pengetahuan teknik merancang, mengaplikasi, membuat refleksi, berkomunikasi, mengembangkan etika dan kerohanian murid-murid untuk belajar dengan lebih berkesan. Saya berpengalaman dalam mengajar kanak-kanak membaca fonik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya juga mengajar murid-murid mengaji iqra & AlQuran kerana kini saya merupakan seorang ustazah di Sekolah Agama Negeri Integrasi Kota Kinabalu dengan subjek yang saya ajari iaitu Jawi,Feqah,Tauhid dan mana-mana yang berkaitan dengan matapelajaran Pendidikan Islam. Saya juga pernah menjadi seorang Tutor di sebuah pusat tuisyen dengan subjek yang saya ajari iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahun 1,2,3. Tidak dinafikan saya turut pakar dalam memotivasikan murid-murid dan meningkatkan prestasi mereka dalam tahap penguasaan yang ingin dicapai. Saya yakin dengan kekuatan saya ini akan menarik perhatian anak-anak anda untuk belajar dengan bersemangat. Nak anak anda menjadi insan cemerlang? Hubungi saya sekarang.
Teaching Method(s)
Pelbagai kaedah pentaksiran dan pengajaran dalam industri pendidikan, saya berpengetahuan luas dalam mata pelajaran yang diajar meliputi ilmu, kandungan, strategi pengajaran serta berkebolehan mentaksir murid. Berdasarkan pengalaman, saya berkemampuan untuk mengenal pasti kekuatan dan potensi murid. Teknik pengajaran yang sering saya gunakan adalah membuat persembahan grafik untuk menunjukkan secara visual kemahiran, pemahaman dan konsep yang dipelajari murid-murid. Teknik ini memberi maklum balas yang berterusan kepada saya dan murid mengenai topik yang dipelajari. Saya juga mengaplikasikan teknik sumbang saran dan menggunakan BBM (Bahan Bantuan Mengajar) menjadi sesi didik hibur untuk mencapai objektif pembelajaran. Teknik kelas insentif menjadikan murid-murid saya mahir membaca Jawi yang sering dijalankan pada waktu cuti sekolah. Matlamat saya sebagai seorang guru adalah mengiringi murid-murid untuk menjadi insan yang berilmu,berakhlak dan cemerlang.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 2
Membaca B. Inggeris
Darjah 2
Membaca B. Melayu
Darjah 2 Darjah 4
Bahasa Melayu
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Inggeris
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Pendidikan Islam
Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Jawi
Darjah 2
Asas Fardhu Ain
Darjah 2
Prasekolah - 3M
Darjah 2 Tadika
Business Administration
Universiti - Ijazah Sarjana Muda Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 STPM - Tingkatan 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Universiti - Ijazah Sarjana Muda