About Me
Nama diberi Khairil Iman Bin Khairil Anuar. Dilahirkan di Kajang, Selangor, saya merupakan seorang pelajar tahun akhir dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, bidang pengkhususan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah. Memandangkan saya kini di tahun akhir, saya sedang menjalani praktikal di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Antara pencapaian terbesar saya dalam bidang pendidikan adalah dianugerahi Anugerah Cemerlang Praktikum pada tahun 2023. Buat masa sekarang, saya menetap di Pantai Hillpark, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
My name is Khairil Iman Bin Khairil Anuar. I was born in Kajang, Selangor and a final year student from IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, majoring TESL. Since I am a final year student, I am undergoing a practicum session in a primary school in Kuala Lumpur. One of my biggest achievements is I was awarded the Practicum Excellence Award in 2022. Currently, I am living in Pantai Hillpark, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Teaching Method(s)
Saya seorang yang fleksibel dan boleh menjalankan pengajaran secara bersemuka dan dalam talian, terpulang kepada pelajar saya. Namun, jika ditanya mana satukah platform yang menjadi pilihan, saya akan memilih platform dalam talian (Google Meet) kerana saya percaya yang ia selesa dan mudah bagi kedua-dua belah pihak. Saya gemar menggunakan Project-Based Learning dalam sesi pembelajaran kerana ia memberi ruang dan peluang kepada para murid untuk mengaplikasikan apa yang mereka belajar, seterusnya menjadikan ilmu yang mereka belajar bermakna dan tahan lama.
I am flexible, able to teach both face-to-face and online, depending on my students' preferences. However, I prefer online platform (Google Meet)as I believe that it is convenient and easy for both parties. I like to apply Project-Based Learning in learning sessions because it provides the students space and opportunity to apply what they have learned, thus making their learning meaningful and long-lasting.