Profile Picture

Nurul Akmar *******

(Online)

Sarjana Muda - Electrical Power Engineering

Universiti Tenaga Nasional (Ongoing Study)

Kuantan, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Akmar. Seorang pelajar bergraduan dalam bidang Electrical Engineering dan tahun ini saya bakal menjadi graduan Bachelor of Electrical Power Engineering (Hons.) yang ingin menjadi guru untuk mengambil inisiatif mengisi masa lapang semasa cuti semester, mengajar kepada murid-murid yang memerlukan tutor tambahan di luar kelas. Mungkin sesetengah ibu bapa was-was terhadap latar belakang saya, tapi ini adalah kali ketiga saya menjadi tutor. Setakat ini pengalaman saya menjadi seorang tutor sangat memberi impak kepada murid-murid yang telah menimba ilmu dengan saya, alhamdullilah mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan untuk subjek yang saya ajar. Saya akan cuba sehabis baik untuk mencurahkan segala ilmu pengetahuan saya kepada murid-murid yang bakal belajar bersama saya.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya akan terapkan bergantung kepada murid yang bakal saya ajar. Setiap murid mempunyai caranya tersendiri, tetapi saya akan menerapkan cara yang paling mudah untuk difahami supaya mereka lebih fokus dan cepat untuk ingat apa yang diajari. Contohnya, untuk subjek matematik. Saya bakal menyediakan beberapa set soalan dan menyediakan kaedah mudah untuk menyelesaikan masalah matematik tersebut. Selain itu, subjek bahasa Melayu sangat susah untuk diminati bagi setiap murid di sekolah kerana bagi mereka subjek ini membosankan. Tetapi dengan kaedah yang betul, saya akan memastikan mereka tidak bosan dengan subjek tersebut. Kaedah yang boleh diterapkan dalam subjek bahasa Melayu dengan melakukan “presentation” setiap sesi kelas dan memberi markah kepada mereka. Selain itu saya akan menyediakan satu permainan berkaitan subjek bahasa Melayu supaya mereka mudah faham dan ingat.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 5