Profile Picture

Nurul Nabilah *******

(Online)

Sarjana Muda - Accounting

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Ongoing Study)

Klang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Nabilah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 1 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek akaun dan matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 1 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 6
Mathematics DLP Darjah 6
P. Islam Tingkatan 3
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Hifz Al-Quran Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5