Profile Picture

Muhammad Hanif *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Teaching English As Second Language (Tesl)

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Pasir Mas, Kelantan

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan sentiasa cakna akan prestasi serta perkembangan anak didik saya. Sebagai seorang individu yang bergelar sebagai guru pelatih, saya sentiasa memperbaharui teknik pengajaran saya di dalam kelas dengan menambahkan pelbagai pendekatan abad ke-21. Berjiwa muda dan peramah ialah perwatakan saya sebagai tutor. Subjek bahasa Inggeris ialah subjek major saya dalam dunia pendidikan. Subjek bahasa Melayu juga adalah salah satu kepakaran saya dalam bidang pendidikan. Ingin tingkatkan prestasi akademik anak anda? Dapatkan saya sebagai tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Mengaplikasikan kaedah didik hibur dalam sesi pembelajaran bagi memastikan pembelajaran lebih kondusif dan berupaya menarik minat pelajar. Saya juga menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik bagi membantu saya mencapai objektif pembelajaran. Saya menggunakan pendekatan "Fun Learning" bagi memupuk minat pelajar untuk belajar, justeru meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran. Nota yang interaktif dan menarik turut disediakan untuk sesi pembelajaran dalam talian.
Subject
Subject School Level
Membaca - BI Darjah 2
Membaca - BM Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 5