Profile Picture

Anissa Binti *******

(Online)

Sarjana Muda - Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Muar, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Anissa Binti Suhaimi, berumur 21 tahun dan kini berada di semester kedua Sarjana Muda Kewartawanan bagi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Latar belakang pendidikan di peringkat sekolah menengah, saya merupakan bekas pelajar aliran agama dan mendapat keputusan SPM 2A+ 3A 2A- 2B+. Saya juga mempunyai mengambil kelas KKQ (kelas kemahiran al-Quran) dari tingkatan 1 hingga 5 yang merangkumi subjek hafazan, tarannum dan tajwid. Saya juga merupakan pelajar lepasan STPM dan berjaya mendapat CGPA 3.92 (3A 1A-). Sepanjang perjalanan menuntut ilmu dari sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke alam universiti, saya sentiasa menjadi rujukan rakan-rakan untuk bertanyakan soalan atau meminta penerangan yang lebih ringkas daripada saya.Kebiasaannya mereka akan lebih faham dengan penerangan saya daripada apa yang ditulis di dalam buku atau yang diajar di dalam kelas. Oleh itu, saya percaya bahawa pemahaman yang saya perolehi mampu memanfaatkan pemahaman orang lain yang sukar untuk menerima sesuatu info. Saya juga mempunyai satu etika iaitu saya akan memastikan input dan ilmu yang disampaikan itu tepat dengan cara merujuk kepada sumber yang sahih seperti buku atau penulisan pakar.
Teaching Method(s)
Pengajaran secara online lebih fleksibel kerana ia boleh dijalankan di mana saja. Oleh itu, banyak pendekatan yang boleh saya lakukan bagi meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap sesuatu topik. Contohnya, saya boleh menggunakan aplikasi Google Form untuk mencipta soalan dan diagihkan kepada pelajar sebagai latihan intensif. Selain itu, laman sesawang seperti Quizziz juga dilihat dapat membantu pelajar membuat latihan secara santai di samping menyeronokkan kerana Quizziz direka berbentuk seperti permainan (games). Dengan segala aplikasi yang canggih, saya dapat mempelbagaikan teknik pembelajaran bagi mengelakkan pelajar bosan dan hanya tertumpu pembelajaran yang mendatar atau sehala.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 6