Saya Mashithah merupakan tutor yang mengajar subjek Ekonomi, Matematik dan Perakaunan. Saya mempunyai latar belakang dalam bidang Perakaunan, Ekonomi dan Matematik sejak sekolah menengah sehingga Universiti. Saya yakin saya boleh berkongsi ilmu yang telah dipelajari dan juga teknik-teknik yang dapat membantu pelajar untuk skor dalam subjek tersebut.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya akan gunakan ialah kaedah kira-kira dengan pendedahan konsep asas matematik. Saya akan memberikan contoh dan latihan yang melibatkan situasi sebenar dalam kehidupan. Saya juga akan memberikan penerangan yang ringkas dan mudah difahami oleh pelajar serta memberikan teknik mudah untuk pelajar mengingati formula atau sesuatu perkara dengan lebih mudah.