Saya seorang yang ceria dan lemah lembut. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai visi dan misi mereka. Saya juga pandai menghiburkan pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan penggunaan peta minda dan ianya merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Saya juga menggunakan kad membaca untuk memudahkan pelajar menyebut setiap perkataan dan ayat yang ditunjuk. Saya akan menggunakan teknik didik hibur sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung agar pelajar saya tidak bosan didalam kelas. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.