Saya ialah Tutor Umi. Mempunyai minat yang sangat tinggi dalam pengajaran al-Quran baik Tilawah, Hafazan dan Tadabbur. Saya merupakan alumni pengajian Tahfiz, jadi, saya berpengalaman melalui sendiri perjalanan hafaz al-Quran dan bersedia membantu generasi muda membina hubungan yang baik dengan al-Quran. Saya juga mahir bahasa Arab khususnya kemahiran bertutur, di samping menguasai tatabahasa bahasa Arab dengan baik. Saya berpengalaman berkhidmat dalam pengajian al-Quran selama lebih setahun, baik dalam talian mahupun fizikal. Saya bersedia menerima para pelajar kanak-kanak dan dewasa.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pengajaran berdasarkan kemampuan pelajar menerima pengajian dalam satu sesi. Saya lebih cenderung menggunakan teknik soal dan jawab, mengaplikasikan teori secara langsung serta menyediakan kuiz khususnya apabila pelajar ialah golongan kanak-kanak.