Saya seorang tutor yang santai. Saya sukakan cabaran baru dan cuba mencari cara baru untuk menangani cabaran tersebut. Saya pernah menjadi seorang mentor di peringkat sekolah menengah. Pengalaman tersebut menjadikan saya tertarik untuk mencuba menjadi seorang mentor dalam subjek yang saya minati. Saya sering belajar daripada sesiapa yang muda mahupun yang tua. Menambah baik diri merupakan satu pegangan saya, jadi, tegurlah saya jika buat kesilapan. Mari sama-sama belajar dengan saya!
Teaching Method(s)
Lebih kepada meneliti soalan dan cuba membahagikan soalan ke pecahan yang lebih mudah difahami untuk pelajar. Sesi pembelajaran secara bersemuka amatlah digalakkan. Saya akan cuba memahami soalan, mendekati dari pelbagai sudut kemungkinan dan memastikan soalan dapat difahami oleh pelajar. Anggaplah seperti belajar berkumpulan (study group).