About Me
Hi there !
Saya Zuraini atau dikenali sebagai Zu , berusia 21 tahun, yang kreatif, ramah, dan berdedikasi khususnya dalam mengajar anak-anak. Ketika ini, saya sedang mengejar ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan perniagaan, walaupun minat saya yang mendalam terhadap sejarah masih kekal.
Sejak di sekolah, saya sentiasa mendapat pencapaian tertinggi (A) dalam mata pelajaran sejarah. Saya berhasrat untuk berkongsi pengetahuan ini dengan anak didik saya di masa depan. Saya juga berkeinginan untuk terus memperbaiki kemahiran saya dalam meraih kejayaan, serta berkongsi tips dan teknik dengan mereka agar mereka juga dapat mencapai kejayaan yang sama.
Saya gemar membaca dan menghafal, yang membantu saya dalam memperluas pengetahuan tentang sejarah. Saya percaya pada memberikan sokongan positif kepada anak didik saya, tanpa menekan mereka untuk mencapai prestasi tertinggi. Lebih kepada memberikan dorongan agar mereka mampu mencapai potensi maksimum, terutama dalam mata pelajaran sejarah.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan untuk mencapai prestasi A dalam peperiksaan melibatkan beberapa pendekatan yang telah terbukti berkesan. Pertama, saya selalu memberi keutamaan kepada menjawab semua soalan dalam bahagian objektif terlebih dahulu. Selain itu, saya juga mengambil pendekatan untuk mengidentifikasi "kata kunci" dalam setiap subjek dan menjelaskannya dengan cara yang mudah difahami oleh pelajar.
Saya juga mengaplikasikan teknik menonton filem sejarah untuk memperkuat pemahaman mereka terhadap fakta-fakta tertentu. Selanjutnya, sebelum memulakan sesi pengajaran, saya sering menggunakan teknik menunjukkan gambar wajah tokoh bersejarah kepada pelajar. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa mereka tidak lupa dengan fakta-fakta yang telah diajar sebelumnya dan memperkuat pengajaran yang telah disampaikan.
Add on : saya akan menggunakan kaedah pomodro yang berfungsi membuatkan anak anak didik saya sentiasa fokus dalam kelas.