Saya mempunyai pengalaman bekerja di sektor swasta dan seorang yang mementingkan persediaan awal sebelum melangkah ke arah lebih tinggi. Tidak terlalu garang, pandai mengambil hati kanak kanak dan mudah untuk berbincang kata sepakat bersama ibu bapa.
Teaching Method(s)
Mengenalpasti karakter seseorang dan memahami dahulu cara mereka berkomunikasi serta mengambil pendekatan secara santai dan menyeronokkan. Memberi pendedahan kepada aktiviti membaca dan latih tubi secara berulang untuk meransang ingatan dan disiplin tetapi tidak sehingga merosakkan ‘mood’ mereka untuk belajar.