Saya Putri Adriana. Saya merupakan seorang pelajar undang-undang dan merupakan alumni matrikulasi dengan CGPA 4.0 dalam course akaun. Semasa spm, saya mengambil aliran sains tulen dan bertukar bidang ke akaun di matrikulasi. Di sini menunjukkan bahawa saya boleh belajar apa sahaja dengan usaha yang maksimum. Saya seorang yang tegas tetapi periang dalam mendidik seseorang. Saya amat menyukai sejarah dan matematik daripada kecil lagi. Cinta saya kepada sejarah lebih tinggi sehingga perkara itu yang membawa saya untuk belajar undang-undang.
Teaching Method(s)
Saya lebih selesa menyelitkan hiburan dalam pengajaran saya agar seseorang itu tidak mudah bosan dengan pelajaran. Saya juga mampu ulang seberapa banyak kali untuk memberikan mereka faham sebetul-betulnya tentang apa yang saya ajarkan. Saya juga akan memastikan bahawa anak murid saya fokus dan faham apa yang saya ajarkan.