Saya merupakan seorang yang minat dengan pelajaran. Saya suka mengajar pelajar lain supaya mereka mendapat ilmu yang saya ada serta ia dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman saya. Saya lebih meminati subjek yang berkaitan dengan pengiraan . Saya juga dapat mengimbangkan hobi dan pelajaran dalam waktu tertentu. Selain itu, saya merupakan seorang yang ramah dan mudah bergaul terutamanya pelajar sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Saya juga dapat memupuk minat pelajar untuk meminati subjek yang diajari.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah mengajar sambil berhibur untuk memastikan mereka tidak bosan. Saya juga akan memberikan teknik teknik mudah untuk memahami dan menjawab soalan. Saya juga akan berbincang dengan pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang saya ajarkan agar mereka tidak berasa keliru ketika menjawab soalan.