Saya merupakan seorang tutor yang sangat berdedikasi. saya akan menjadi guru muda dan tutor kepada rakan rakan mahupun mereka yang lebih muda daripada saya. bahasa melayu merupakan subjek yang saya paling mahir manakala bahasa inggeris dan perniagaan menjadi subjek yang saya gemari. sebagai seorang tutor, saya akan memastikan pelajar saya betul betul memahami apa yang saya ajari. walaupun tanpa sijil perguruan/tutor yang profesional, saya akan memastikan anak didik saya tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan mendidik mereka sehingga mereka faham dan mampu mendapat yang terbaik dalam akademik.
Teaching Method(s)
pengajaran yang saya berikan menitikberatkan aspek kefahaman dan kehafalan. jadi, teknik memahami melalui penceritaan dan peta minda amat saya pentingkan supaya pelajar tidak perlu bersusah payah untuk menghafal, sebaliknya memahami kerana pemahaman membantu kepada penghafalan. selain itu, saya akan menggunakan teknik belajar sambil bersuara kepada pelajar kerana mereka akan mudah hafal dan faham apabila bersuara.