Profile Picture

Nurul Nabiela *******

(Online)

Sarjana Muda - Sastera Sejarah

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Lembah Pantai, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang boleh menyampaikan sesuatu topik pengajaran dengan baik dimana anak murid saya mampu memahami setiap yang apa dipelajari. Matlamat saya adalah untuk menjadikan setiap pembelajaran adalah menyeronokkan dan para pelajar saya memperolehi ilmu berkaitan yang saya ajari dengan jelas. Dengan pengalaman saya selama hampir 1 tahun menjadi guru taska dan mengendalikan tingkah laku kanak-kanak yang berumur 1 hingga 7 tahun, hal ini membuatkan saya lebih berminat untuk menceburi bidang pengajaran kepada kanak-kanak yang lebih dewasa. Ditambah lagi dengan ilmu sepanjang tempoh pengajian di universiti sekarang, saya ingin mempraktiskannya kepada pelajar-pelajar saya ini. Jadi, saya sangat tertarik untuk menjadi tutor di MYTutor!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran utama yang ditekankan oleh saya adalah melalui aspek hafalan pelajar mengenai sesuatu topik. Saya akan menyediakan kaedah nyanyian mengenai sesuatu topik pembelajaran bagi memastikan pelajar berasa seronok dan mudah untuk mengingati apa yang diajarkan. Selain itu, saya akan menyediakan teknik pengajaran melalui bahan penulisan yang kreatif dimana bahannya adalah bersifat ringkas dan bersesuaian dengan peringkat umur pelajar. Teknik lain bagi keberkesanan topik yang diajarkan oleh saya juga adalah melalui teknik pembacaan secara berulang-ulang dan diselang selikan dengan pertanyaan soalan bagi memastikan pelajar menjadi lebih aktif semasa belajar.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Membaca B. Melayu Tadika, Darjah 1
Membaca B. Inggeris Darjah 1
Mengaji - Al-Quran Darjah 2