Saya Qistina Farha Binti Mokhtar merupakan pelajar semasa di Universiti Teknologi Mara. Walaupun tiada pengalaman mengajar secara rasmi, saya pernah melakukan kelas tutor online secara percuma untuk pelajar tingkatan 4 bagi subjek matematik dalam tempoh sebelum mendapat keputusan SPM. Sekarang, subjek bahasa inggeris merupakan subjek major saya kerana bidang yang disambung di universiti. Saya juga pernah menjadi mentor sewaktu zaman sekolah untuk sesuatu subjek dan kebanyakkan membantu rakan rakan saya dalam bahasa inggeris.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang paling berkesan bagi saya ialah teknik yang disertakan dengan permainan untuk menghiburkan pelajar dan menarik perhatian untuk lebih tertumpu sewaktu pelajaran. Ditambah juga dengan kaedah visual yang saya sering gunakan bagi memudahkan pelajar mendapat vision terhadap sesuatu topik. Namun, saya sentiasa bersedia untuk mencuba teknik pengajaran yang lain untuk menyesuaikan ia dengan pelajar yang lain.