Profile Picture

Aisyah Ahmad

Sarjana(master) - Pemulihan Cara Kerja

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Bandar Puncak Alam, Selangor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam mendidik seseorang individu kerana saya mempunyai minat yang tinggi dalam bidang ini. Saya akan melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh supaya semua yang terlibat akan memperoleh manfaat secara menyeluruh, sekaligus membuatkan saya berpuas hati dengan hasil kerja saya. Saya tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan bersedia untuk menjawab setiap pertanyaan yang diajukan oleh anak didik bagi memastikan mereka betul-betul faham dengan apa yang diajar. Dengan mempunyai pengalaman mengajar, saya akan menggunakan nya bagi menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah mengajar yang pelbagai dalam menyampaikan pembelajaran, tidak terhad kepada pembelajaran secara didaktik bagi memastikan pelajar terlibat dalam sesi pembelajaran. Saya juga akan menggabungkan kaedah pembelajaran secara Visual, Auditori, dan Kinestatik supaya para pelajar lebih peka dan tertarik untuk belajar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 3 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 4
Sains
Darjah 4
Pendidikan Islam
Darjah 4
Jawi
Darjah 4