Saya merupakan seseorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu pelajar untuk mencapai pencapaian yang cemerlang. Saya akan memastikan pelajar dapat mencapai matlamat mereka dan seterusnya menanamkan sikap rajin belajar seperti membaca dan mengira untuk kebaikan mereka pada masa hadapan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah didik hibur agar pelajar tidak mudah bosan di dalam kelas. Selain itu, saya juga akan menyediakan nota berwarna-warni serta menggunakan teknik latih tubi terutamanya dalam matapelajaran bahasa Melayu.