Saya seorang tutor yang bersemangat tinggi dalam membantu pelajar saya mendapat keputusan cemerlang. Saya mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan kualiti kerja yang terbaik. Malahan saya mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan terutamanya dalam menjalin hubungan yang mesra dengan kanak-kanak.
Saya juga komited untuk memupuk persekitaran pembelajaran yang menyenangkan dan inklusif bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan pelbagai teknik seperti soal jawab, bercerita, kuiz, latih tubi, didik hibur dan permainan bahasa. Hal ini untuk menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan perhatian dan fokus di dalam kelas.