Profile Picture

Nabila Adlina *******

(Online)

Doktor Falsafah(phd) - Medical Parasitology

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Subang Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang baik. Dengan pengalaman 1-2 tahun dalam mengajar subjek sains dan Bahasa Melayu, saya seorang yang ramah namun tegas dalam mengendalikan kelas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik tidak kehilangan dalam dunia fantasi mereka tatkala sedang belajar. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan agar tidak membosankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah didik '2 ways communication' untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan dan yang paling penting tidak hanya menghafal segala fakta yang diberikan. Sebagai contoh, kelas yang telah saya kendalikan semuanya berbentuk aktiviti interaktif, video-video sains dan juga sedikit eksperimen. Hal ini dapat memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga kerap menggunakan akronim dan gambar rajah kartun untuk membantu saya mengigati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian.
Subject
Subject School Level
Biology DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Science DLP Tingkatan 3, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6