Profile Picture

Lailatul Izzati *******

Sarjana Muda - Teknologi Kimia Industri

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Gerik, Perak

Tutor Training

Training PKSK & UKKM

Training Introduction To Cambridge

Training Online Class Preparation

Training Matematik Sek Menengah Bawah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Nama saya Cik Laila, dan pelajar biasanya memanggil saya Teacher Laila. saya berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Heguru Education Sdn Bhd, sebuah pusat pendidikan awal yang mengutamakan perkembangan minda kanan dan kemahiran kognitif kanak-kanak. Di sana, saya membimbing pelajar melalui aktiviti berstruktur yang merangsang kreativiti, fokus, dan pemikiran logik — kemahiran yang amat penting dalam pembelajaran Matematik.

Saya memberi tumpuan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam subjek Matematik, dan juga boleh membantu dalam subjek tambahan seperti Sains.

Saya memiliki latar belakang akademik dalam bidang teknologi kimia industri dan instrumentasi kimia, yang banyak berkait rapat dengan Matematik dan Sains. Antara kemahiran yang saya miliki ialah pemikiran analitik, pengurusan masa, dan komunikasi berkesan, yang saya terapkan dalam sesi pengajaran saya.

Melalui pengalaman di Heguru, saya telah mengasah kemahiran seperti pengurusan kelas, komunikasi berkesan dengan murid kecil, serta penyampaian konsep secara kreatif. Saya percaya setiap pelajar mampu belajar dengan baik apabila diberi perhatian yang sesuai dengan gaya pembelajaran mereka.

Kejayaan paling bermakna bagi saya adalah melihat pelajar yang pada mulanya tidak yakin menjadi lebih berani mencuba dan menunjukkan peningkatan dari masa ke masa. Selaim itu, membantu rakan-rakan saya yang kurang yakin dengan Matematik semasa belajar dahulu sehingga mereka dapat memahami topik-topik sukar dengan lebih jelas. Pengalaman kecil ini memberi saya keyakinan bahawa saya mampu membimbing pelajar dengan sabar dan berkesan.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar dengan menyesuaikan kaedah mengikut tahap pemahaman dan keperluan individu. Saya menekankan:

- Pemahaman konsep asas sebelum bergerak ke soalan berperingkat lebih tinggi.

- Latihan berpandu dan ulangkaji berstruktur untuk mengukuhkan kemahiran.

- Kaedah visual dan analogi bagi membantu pelajar yang sukar memahami soalan abstrak.

- Sesi soal jawab, kuiz interaktif, dan permainan matematik untuk menambah minat.

- Pemantauan progres dan maklum balas berkala kepada pelajar dan ibu bapa.

Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar bukan sahaja lulus, tetapi juga menyukai Matematik dan yakin dengan kemampuan diri mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Kimia DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3