Profile Picture

Nur Amirul *******

(Physical & Online)

Diploma / Stpm - Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat

Universiti Teknologi MARA (Samarahan) (Graduated)

Serian, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Amirul Akmal dan seorang tutor yang baru menjinakkan diri dalam bidang pendidikan. Saya berkelulusan dalam Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak. Saya amat mencintai sejarah khususnya asas pembentukan bangsa Malaysia. Keutamaan saya dalam subjek Sejarah kHasrat saya berkecimpung dalam dunia pendidikan adalah untuk memberikan sepenuhnya khidmat dan pengetahuan saya terhadap subjek Sejarah kepada para pelajar sekolah menengah. Pengalaman sepanjang saya mempelajari subjek Sejarah semasa sekolah menengah menuntun saya mendapat gred Cemerlang Tinggi (A) dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017.

John Dalberg-Acton pernah berkata "Sejarah bukanlah beban ingatan melainkan penerangan jiwa."

Teaching Method(s)
Saya sentiasa belajar dan memperbaiki setiap mutu pengajaran dan pembelajaran saya kepada para pelajar. Sebagai permulaan, saya akan menggunakan setiap pengalaman dan memberikan setiap contoh yang bernas dari setiap teori untuk memastikan para pelajar memahami topik. Setiap penjelasan saya huraikan dengan wacana daripada para tokoh dan para pengkaji yang terkenal. Antara contoh alat pembelajaran visual yang saya ambil sebagai pendekatan dalam pengajaran adalah melalui Google, YouTube dan Google Scholar. Melalui contoh itu, para pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikiran aras tinggi untuk menjawab soalan peperiksaan mahupun ketika berkomunikasi bersama Tutor atau guru di sekolah.

Untuk memastikan para pelajar memahami topik tersebut, saya akan mendedahkan kepada pelajar untuk menjawab melalui platform Quizlet. Sekiranya pelajar kurang memahami setiap jalan cerita sejarah, saya sentiasa akan memberi peluang kepada pelajar untuk didedahkan dengan menganalisa semula sebab pentingnya topik difahami melalui grafik visual.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5