Assalamualaikum dan Hi semua. Saya salamin and korang boleh panggil saya amin. Saya merupakan pelajar di universiti malaysia kelantan yang mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang perbankan islam. Saya berkemahiran dalam mengajar subjek ekonomi dan matematik. Ini merupakan subjek-subjek yang saya ambil dalam tempoh pengajian saya. Boleh saya katakan major saya dalam ekonomi and minor saya dalam matematik. Walau bagaimanapun saya bukanlah pelajar dari ijazah pendidikan tetapi saya boleh mengajar kerana sudah terbiasa mengajar rakan-rakan di universiti
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah lebih kepada menggunakan ilustrasi bagi memudahkan para pelajar untuk memahami sesuatu topik. Saya juga gemar menggunakan soalan-soalan tahun lepas untuk melakukan ulang kaji. Dalam pada mengajar, saya juga boleh menghiburkan mereka ketika kelas sedang dijalankan. Hal ini untuk mengelakkan mereka berasa bosan ketika kelas di jalankan.