Profile Picture

Aimi Mimi

Diploma / Stpm - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Raudhah College Cyberjaya (Graduated)

Shah Alam, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi, Saya Cikgu Mimi. Saya berpengalaman luas hampir 7 tahun di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Saya juga adalah seorang guru di sebuah tadika swasta di Shah Alam. Saya mempunyai minat yang sangat mendalam di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Malah, kini saya sedang melanjutkan pembelajaran bagi Ijazah Sarjana Muda di dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan agar dapat memberi sepenuh bakti dalam mendidik kanak-kanak. Saya juga adalah seorang guru yang berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya adalah seorang yang ramah namun tegas ketika mengajar dan pandai mengambil hati anak didik agar mereka menyukai sesi pembelajaran bersama saya. Saya akan memastikan matlamat pembelajaran anak didik saya tercapai. Saya menantikan peluang untuk berkerjasama dengan ibu bapa dalam mengembangkan potensi anak mereka. Pilih saya sebagai tutor anda hari ini! 🤗
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah:
-Penilaian awal sebelum memulakan kelas.
- Didik hibur ketika sesi pembelajaran berlangsung.
- Teknik pembacaan fonik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Kaedah Bacaan Jawi yang berkesan dalam membantu pelajar membaca.
-Pendekatan aktiviti/latihan/permainan di atas talian agar pembelajaran lebih menarik.
-Kuis berkala kepada pelajar untuk melihat sejauh mana kaedah pembelajaran berkesan.
-Laporan kepada ibu bapa setiap kali sesi pembelajaran telah tamat.
Rating & Review

Naelah Azmi

Bahasa Melayu

Pn.Aimi has been very attentive in teaching my daughter, and as a result, my daughter has shown noticeable improvement in her reading & comprehension skills.

Sharliza Bt Sharif

Bahasa Melayu

Teknik pengajaran berkesan & mudah difahami

Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Inggeris
Tadika
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Jawi
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mengaji - Al-Quran
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Asas Fardhu Ain
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
UPKK
Darjah 5
KAFA
Darjah 1
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 5