Saya merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu dan pernah berpengalaman menjadi guru bahasa ataupun dikenali sebagai guru sastera. Memandangkan saya mahir dalam bidang bahasa, saya pernah diterima sebagai guru mystep ataupun guru ganti di sebuah sekolah sebagai guru bahasa melayu. Sudah tentu bahasa melayu merupakan matapelajara major bagi saya. Selain itu, saya juga pernah mengajar matapelajaran lain juga seperti matapelajaran sains, pendidikan seni visual (PSV) dan pendidikan moral. Saya juga mahir dalam bidang agama dari segi bacaan al-quran dan tajwid. Adakala saya juga membuat kerja sampingan sebagai guru mengaji. Jadi, marilah hubungi saya jika tuan/puan berminat untuk menjadi tutor kepada anak-anak tuan/puan !. Terima kasih.
Teaching Method(s)
Memandangkan teknik pengajaran saya secara dalam talian, saya akan menggunakan aplikasi "Google Meeting" untuk keselesaan pelajar saya. Saya juga akan menggunakan slide-slide yang berinformatif yang berkaitan dengan subjek yang akan dipelajari. Untuk memudahkan para pelajar saya untuk lebih faham, saya lebih galakkan kaedah pengakroniman untuk pelajar mudah ingat dengan apa yang mereka telah belajar pada hari yang lepas.