Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dalam mendidik pelajar bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Kecemerlangan pelajar adalah tanggungjawab saya. Saya mahir dalam subjek Matematik manakala subjek Sejarah adalah subjek minor saya. Saya seorang yang mudah mesra dan telus dalam pengajaran di mana pelajar mudah untuk berhubung dengan saya. Pengajaran saya santai tetapi padat. Jadikan saya tutor anda hari ini.
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar lebih tertarik akan sesi pengajaran yang dilaksanakan. Saya juga akan membekalkan nota ringkas yang direka khas oleh saya sendiri sebagai rujukan termudah pelajar.