Profile Picture

Nurul Suhailah *******

Sarjana Muda - Physical Education

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Kajang, Selangor

Institut Perguruan

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Suhailah. Saya merupakan seorang tutor yang penyayang dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya pernah mempunyai pengalaman praktikum di sekolah rendah dan mengajar tuisyen untuk pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Subjek Pendidikan Jasmani merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, tetapi saya mahir untuk mengajar dalam subjek matematik dan sains. Saya juga mempunyai kepakaran dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Darjah 1 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3