Profile Picture

Thinagaran A/l *******

(Online)

Sarjana Muda - Pengajian Sosial

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Sungai Siput, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Thinagaran. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 13 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Sejarah merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Bahasa Melayu merupakan subjek minor. Teknik yang saya gunakan mampu meningkatkan keupayaan murid terutamanya murid yang lemah dalam Sejarah dan Bahasa Melayu. Saya juga sering mengendalikan teknik menjawab dan cara pemeriksaan kertas oleh periksa kertas SPM sebenar. Saya percaya pengajaran saya dapat meningkatkan minat murid terhadap subjek yang saya ajar terutamanya Sejarah dan Bahasa Melayu. Anda boleh cuba teknik pengajaran saya terlebih dahulu.Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 13 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya disebabkan subjek major yang saya ajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik "VICER" iaitu Visual dan bercerita merupakan teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2014 lagi dalam pengajaran subjek Sejarah rendah dan menengah. Kepuasan dan pemahaman anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5