Saya Ain. Saya merupakan seorang pelajar Diploma yang berdedikasi dan berpengetahuan untuk mendidik anak-anak yang memerlukan khidmat bantuan dalam subjek yang mereka lemah seperti Bahasa Inggeris. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek yang saya mahir berbanding subjek-subjek lain. Saya mempunyai kebolehan dalam mendidik anak-anak sehingga dapat melahirkan ramai generasi-generasi yang cemerlang. Saya juga sering mengendalikan kelas-kelas khas dalam kategori yang besar ketika peperiksaan semakin hampir dan saya sentiasa jadi ketua ketika belajar beramai-ramai. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar atas faktor saya pernah memegang jawatan-jawatan tertinggi. Sebagai contoh, saya pernah menjadi ahli PPTEM (PERSATUAN PELAJAR TINGKATAN ENAM MALAYSIA). Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya sekarang.
Teaching Method(s)
Saya mementingkan teknik ataupun cara bergantung kepada keupayaan para pelajar tersebut. Saya juga mengaplikasikan didikan yang penuh dengan hiburan dalam mencapai objektif pembelajaran supaya pelajar tidak mudah bosan. Pendekatan kepada nota ringkas merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A bagi subjek bahasa Inggeris merupakan satu teknik yang saya ingin lakukan demi kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan.