Profile Picture

Nor Haikal *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Fizik

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Ongoing Study)

Bahau, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Haikal. Saya adalah seorang pelajar dalam bidang pendidikan bertaraf Ijazah Sarjana Muda Sains(kepujian) Fizik di Uitm Puncak Alam semester akhir. Pengalaman mengajar pelajar sekolah menengah di Putrajaya selama 3 bulan bagi Subjek Fizik dan Sains tingkatan 2 dan 4 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sewaktu praktikal. Saya juga berpengalaman mengendalikan slot pecutan SPM bagi pelajar tingkatan 4 & 5 .Subjek major saya adalah Fizik, dan option tambahan adalah subjek sains. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam bidang sains dan pemantapan disiplin pelajar. Kelebihan saya adalah mampu bertutur dalam dwibahasa( Bm & Bi) dan penyampaian pengajaran dalam bentuk media, infografik, video, dan slide interaktif untuk menarik minat pelajar. Mahu anak anda minat Sains? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya sering menggunakan pendekatan secara induktif ketika mengajar. Pendekatan ini memfokuskan pada pengalaman yang dilalui oleh pelajar dalam kehidupan seharian mereka dan menghubungkan dengan konsep Sains disebalik kejadian tersebut. Teknik ini digunakan untuk mencungkil perasaan ingin tahu pelajar dan minat untuk belajar subjek tersebut. Konsep pengajaran juga adalah secara digital kerana bahan bantu mengajar sperti slide, video, simulasi sering saya gunakan untuk mengajar dan memberi pendedahan kepada pelajar.Saya juga menyediakan pelbagai teknik yang menarik untuk menghafal dan memamahi konsep sains dalam silibus yang selalu pelajar lemah kuasai seperti akronim, lagu dan pelbagai lagi.
Subject
Subject School Level
Sains Tingkatan 2
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Physics DLP Tingkatan 4
Science DLP Tingkatan 2