Profile Picture

Siti Nurzulaika *******

Diploma / Stpm - Business Studies

Kolej Poly-Tech MARA (Bangi) (Graduated)

Segambut, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi, saya Zulaika dan panggilan mesra saya ialah Zue. Sejujurnya saya memang seorang yang sangat berminat dalam dunia pengajaran. Semasa di universiti, saya sering menjadi rujukan rakan-rakan untuk memahami subjek seperti Ekonomi dan Perakaunan. Dari situ, saya mula sedar bahawa saya mempunyai bakat dan minat untuk mengajar.

Selain pengalaman di universiti, saya juga pernah membantu mengajar pelajar sekolah secara tidak formal di luar, termasuk adik-adik serta pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan. Pengalaman ini banyak melatih saya untuk menyesuaikan cara pengajaran mengikut tahap kefahaman pelajar.

Saya seorang yang sangat suka membaca dan gemar perkara yang mencabar minda dalam menyelesaikan masalah. Dalam sesi pengajaran, saya ingin membimbing pelajar bukan sahaja memahami sesuatu topik, tetapi juga mengasah kemahiran berfikir mereka. Bagi saya, pengajaran bukan sekadar berkongsi ilmu, tetapi juga memberi semangat kepada pelajar untuk yakin dengan diri mereka.

Saya percaya setiap pelajar boleh berjaya dengan cara pembelajaran yang sesuai, dan saya akan sentiasa berusaha menyampaikan ilmu dengan penuh sabar serta ikhlas. Harapan saya ialah setiap pelajar yang saya bimbing mampu mencapai impian mereka.
Teaching Method(s)
Pertama sekali menanamkan minat untuk membaca, ceritakan keseronokan melalui pembacaan. Melalui cara ini, dapat membantu penguasaan Bahasa Melayu dan dapat menciptakan sesuatu ayat yang menarik dan seronok dibaca. Bagi subjek Matematik, saya ingin terapkan kaedah 'Practice makes perfect' di mana jika selalu kita praktikkan dan membuat latihan, minat terhadap subjek yang kita lemah akan sedikit demi sedikit meningkat. Dan juga akan menbantu kemahiran berfikir seseorang pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Tadika Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Prasekolah - 3M
Asas (Basic) Tadika